Tuesday 25 June 2013


    Kelebihan Ramadan
  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

    •  
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkatmaka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Thursday 13 June 2013


Keadaan Manusia Semasa Akhir Zaman dan Tanda Awal Kiamat

Sahabat yang dimuliakan,

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia :
*. Di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan.

*.Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian.

*. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu.

*. Akan tetapi, apabila kamu menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu.

*. Apabila berbicara dengan mereka, mereka akan membohongi kamu.

*.Dan apabila kamu memberinya kepercayaan, mereka akan mengkhianatinya.

*.Anak kecil mereka jahil.

*. Pemuda mereka licik.

*.Sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan melarang yang yang mungkar.

*. Mereka itu sentiasa membangga diri dalam kehinaan
.
*. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan.

*.Orang yang santun di tengah mereka adalah sesat.

*.Dan orang yang menyuruh kepada perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh.

*.Orang beriman di kalangan mereka adalah lemah,

*. Sedangkan orang fasiq menjadi mulia.

*.Sunnah di tengah mereka adalah bida’ah,

*. Sedangkan bida’ah itu sendiri adalah sunnah.

*.Maka ketika itu mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka.

*.Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.”
(Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)

Sahabat yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita lihat dalam hadis-hadis Nabi menunjukkan tanda-tanda kecil kiamat sebagai pengajaran untuk kita.

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi s.a.w.

1. Penaklukan Baitulmuqaddis:
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - (Hadis Sahih Bukhari)

2. Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -(Hadis Sahih Muslim)

3.Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.

4. Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" -(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

5. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - (Hadis Sahih Muslim)

6.Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - (Hadis Riwayat Nasai)

7. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -(Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim)

8.Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan.

9. Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" -(Hadis Riwayat Ahmad)
10. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -(Hadis Riwayat Thabrani)

11.Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -(Hadis Riwayat Ahmad)

12.Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang"

13.Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - (Hadis Sahih Bukhari)

14. Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan.
"Sungguh hebat dia, sungguh jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" -(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah)

Sahabat yang dihormati,

Marilah sama-sama kita renungkan hadis-hadis di atas sebagai sebagai muhasabah diri kita bahawa keadaan manusia akhir zaman dan tanda-tanda kecil kiamat adakah apa yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w itu telah berlaku pada masyarakat kita hari ini? Sekiranya telah ada maka dunia kita telah hampir kepada penghujungnya.

Nabi s.a.w berpesan pada kita bahawa hendaklah kita tetap berpegang teguh dengan iman dan Islam. Kita jaga iman kita supaya sentiasa bersih, teguh dan tidak bercampur degan syirik dan kita berpegang teguh dengan Islam dan tidak bercampur dengan amalan dan kehidupan jahiliah.
Sentiasalah kita bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t. semoga Allah s.w.t sentiasa mengampunkan dosa-doas kita dan menerima amal soleh yang kita kerjakan dan sentiasa merahmati hidup kita di dunia dan akhirat

Saturday 1 June 2013

Kekuatan Roh Positif Dan Optimis


Kekuatan Roh Positif Dan Optimis


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian, Mengikut pandangan Islam, manusia itu pada asasnya adalah :
 1. Makhluk suci.
 2. Dilahirkan dalam keadaan suci.
 3. Mampu kembali lagi kepada kesuciannya.

 Pandangan tersebut merupakan pandangan yang sangat positif dan optimis tentang manusia. Di dalam Al Qur’an, Allah swt menyebut manusia sebagai makhluk yang paling baik atau paling sempurna.

 “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (QS At-Tin : 4) Islam juga mengakui bahwa manusia adalah makhluk yang diberikan kemuliaan.  

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah kami ciptakan.” (QS Al Isra’ : 70)

 Salah satu contoh aplikasi pandangan positif dan optimis Islam tentang manusia adalah penyebutan hati (qalbu) dengan istilah ‘nurani’ .
  Perkataan ini berasal dari kata ‘nuur’ yang ertinya cahaya. Jadi, ‘nurani’ bererti memiliki sifat cahaya.
 Oleh yang demikian, ketika kita menyebut ‘hati nurani’ sesungguhnya terkandung maksud bahwa hati kita itu memiliki kemampuan untuk ‘memberi cahaya’ atau ‘menerangi’ jalan hidup kita.
Oleh kerana itulah Rasulullah saw, ketika ditanya seseorang tentang cara untuk membezakan mana perbuatan yang baik dan mana perbuatan yang buruk, baginda menjawab ;
   “Tanyalah kepada hatimu!” 

 Dari jawaban Rasulullah saw tersebut (bahwa hati kita memiliki kemampuan untuk menerangi jalan hidup kita), ulama’ tasauf sering menyebut hati sebagai “ad-diin” (agama).
 Maksudnya, agama yang ditanam di dalam diri manusia dan sangat bersesuaian dengan agama yang diturunkan dari langit iaitu ‘Al Islam’.
 Meskipun begitu, Islam juga memberi catatan tentang kelemahan manusia.
     “… dan manusia dijadikan bersifat lemah.” (QS An-Nisa’ : 28)
 Kelemahan manusia di sini adalah kelemahan jiwa. Manusia mudah tergoda untuk berbuat dosa dan mengotori kesucian jiwanya.
 Kelemahan inilah yang membuatkan manusia keluar dari asal jati dirinya sebagai makhluk yang suci dan mulia. Dalam keadaan jiwa yang kotor dan penuh dosa, darjat manusia boleh menjadi lebih rendah dari binatang sekalipun.
   “… mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah).
 Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi….” (QS Al A’raf : 179)
Kepada orang-orang yang “tersasar” dari asal jati dirinya, Allah swt memberi kesempatan dan banyak sekali kemudahan untuk membersihkan diri dari segala kotoran jiwa yang melekat.

 Di antaranya ialah :
 1. Istighfar (ucapan “astaghfirullah al-azhim”, aku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Tinggi) yang boleh diucapkan bila-bila masa dan di mana sekalipun. 
2. Kemudahan lima kesempatan dalam sehari melalui solat wajib.
 3. Kemudahan mingguan dengan solat Jumaat. Bagi yang menunaikan solat Jumaat, sesuai dengan tuntunan Rasulullah saw, Allah swt akan memberi ampunan dosa dari solat Jumaat ke solat Jumaat berikutnya.
 4. Kemudahan yang paling bermakna adalah kemudahan tahunan iaitu Ramadhan! Sabda Rasulullah saw :      “Siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan iman dan perhitungan, diampuni segala dosanya di masa lalu.” (HR Ahmad)

Begitulah Ramadhan, sesuai dengan erti namanya iaitu “pembakar”, Ramadhan membakar semua dosa-dosa seseorang muslim sehingga ia kembali kepada jati dirinya sebagai insan yang suci seperti ketika dilahirkan (fitrah). 
Segala kemudahan berupa ampunan yang Allah swt berikan kepada manusia yang berdosa untuk kembali kepada fitrahnya adalah menjadi sebab bagi seorang pendakwah untuk tidak memberi alasan dari berdakwah kepada orang yang membangkang kepada Allah swt walaupun setingkat dengan Fir’aun sekalipun. 
“Pergilah kamu berdua (Musa dan Harun) kepada Fir’aun kerana dia benar-benar telah melampaui batas; maka bicaralah kamu berdua kepadanya (Fir’aun) dengan kata-kata yang lembah lembut, mudah-mudahan dia sedar atau takut.” (QS Thaha : 42-43)

 Begitulah keadaan Allah swt sepertimana sabda Rasulullah saw : 
  “Allah mengembangkan tanganNya pada waktu malam untuk memberi taubat kepada orang yang melakukan keburukan di waktu siang dan mengembangkan tanganNya di waktu siang untuk memberi taubat kepada orang yang melakukan dosa di waktu malam.
 Hal itu terus berlangsung hingga matahari terbit dari barat (kiamat).” (HR Bukhari) 
 “Allah lebih senang mendapati hambaNya yang bertaubat melebihi dari kegembiraan seseorang dari kamu yang kembali menemui haiwan kenderaannya yang penuh bekalan makanan setelah ia kehilangannya di padang pasir,” tambah Rasulullah saw. (HR Bukhari)
 Oleh sebab itu, tidak ada dalam kamus seorang pendakwah, kalimat berikut :
 “Tinggal sahaja dia itu, dia sudah tidak boleh diubah lagi!”

 Ini adalah kerana seorang pendakwah hendaklah sentiasa memakai cermin mata ‘positif’ dalam memandang manusia walau siapapun dia selama mana sebutannya masih manusia dan belum masuk kubur, ia adalah makhluk yang suci, dilahirkan dalam keadaan suci dan mampu kembali lagi kepada kesuciannya. 

Jika kita meneliti Surah ‘Adh-Dhuha’, ia sesungguhnya memberikan pengajaran yang sangat mendalam tentang berfikir secara positif.
 Di sudut lain, solat Sunnah Dhuha dianggap sebagai solat sunnah memohon rezeki. Jadi, apa hubungan dari semua ini? Erti Dhuha adalah saat matahari naik di pagi hari.
 Oleh kerana itu, waktu yang paling sesuai untuk melaksanakan solat Dhuha adalah ketika matahari naik sepenggalah atau sekitar pukul 8 pagi. Surah ini dimulai dengan sumpah bermula dengan huruf ‘wau’ dan ‘dhuha’ sebagai objek yang digunakan untuk bersumpah.
Pendapat yang wujud di kalangan ulama’ terdahulu mengatakan bahwa sumpah Al Qur’an dengan ‘wau’ mengandungi makna pengagungan terhadap objek yang digunakan untuk bersumpah
 Ibnu Qayyim Al-Jauziyah mengatakan bahwa sumpah Allah dengan sebahagian makhlukNya menunjukkan bahwa ia termasuk tanda-tanda kekuasaanNya yang besar. 
Menurut Muhammad Abduh, sumpah dengan ‘dhuha’ (cahaya matahari di waktu pagi) dimaksudkan untuk menunjukkan pentingnya dan besarnya kadar kenikmatan di dalamnya. Ia juga bererti pada saat matahari naik di pagi hari (Dhuha) dan pada saat sunyinya malam, ada rahsia penting tentang nikmat Allah di dalamnya. Mari kita renungkan satu persatu lanjutan ayat-ayatnya. 
 “Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu” (QS Adh Dhuha : 3) 
Para mufassir sepakat bahwa latar belakang turunnya surah ini adalah lambat turunnya wahyu kepada Rasulullah saw.
Keadaan ini dirasakan berat oleh Rasulullah saw, sehingga ada yang mengatakan bahwa Muhammad saw telah ditinggalkan oleh Tuhannya dan dibenciNya. 
Ayat ini memberikan arahan kepada Rasulullah saw agar tetap berfikiran positif kepada Allah swt dan tidak menduga-duga perkara yang negatif atau buruk seperti yang ada di dalam fikiran orang-orang munafik dan musyrik. “dan supaya 
Dia mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrik laki-laki dan perempuan yang mereka itu berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka akan mendapat giliran (kebinasaan) yang amat buruk…” (QS Al Fath : 6)
 Walaupun kehidupan kita berjalan tidak sesuai dengan apa yang kita harapkan, yakinlah bahwa hari-hari kemudian akan lebih baik dari hari-hari sekarang dan hari-hari yang telah lalu. 
 “Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).” (QS Adh Dhuha : 4) 
Berprasangka baiklah kepada Allah swt yang akan memberikan kurnia dan rahmat yang besar di hari-hari esok dan JANGAN BERPUTUS ASA! “Sesungguhnya Allah mencintai sikap optimis dan membenci sikap putus asa” ( Al Hadits) 
Walaupun sepanjang hidup kita di dunia, sentiasa dalam kesulitan dan kesempitan, kita tetap berfikiran positif bahwa kelimpahan dan kenikmatan akan Allah berikan kepada kita di Hari Akhirat.
 Maka orang yang mampu berfikiran positif seperti itu tetap tersenyum bahagia dalam menjalani kesulitan kehidupannya di dunia.
  “Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas.” (QS Adh Dhuha : 5)
Sikap optimis dan yakin untuk bertemu Allah swt di hari Akhirat nanti dan mendapatkan limpahan kurniaNya yang tidak terkira, sungguh akan memuaskan hati kita. 
Kurniaan Allah kepada penduduk dunia adalah seumpama air yang menitis dari jari yang dicelupkan ke lautan, dibandingkan kurniaan Allah di hari Akhirat yang seluas lautan itu sendiri.


 BAGAIMANAKAH CARA AGAR MAMPU BERFIKIRAN POSITIF? PERTAMA :

 Ingatlah akan semua nikmat-nikmat Allah yang jika kita hitung, tentu kita tidak akan mampu menghitungnya. “Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu? Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk? Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan?.” (qs Adh Dhuha : 6 – 8) KEDUA :
 Ingat dan renungkan betapa luasnya nikmat Allah kepada kita. Apakah nikmat Allah yang paling kita syukuri? Contohnya melihat kepada tulisan yang kita hasilkan yang melibatkan kerja berjuta-juta sel otak kita yang juga merupakan tentera-tentera Allah swt.
  Bagaimana jika sel-sel itu tidak bekerja?

 Marilah kita bersyukur dengan :
 a. Lisan
. b. Fikiran.
 c. Perasaan.

 Nikmat sekecil apapun, dengan lisan, kita mesti ucapkan “Alhamdulillah” yang didukung dengan fikiran dan perasaan kita.

 Hulurkan rasa terima kasih yang tidak terhingga sebagaimana keadaan :
 1. Seorang pengemis yang berhari-hari kekurangan makan dan diberi makan oleh seorang yang kaya. 
2. Seorang pesakit yang sudah berbulan-bulan menderita sakit dan disembuhkan dengan bantuan seorang doktor. 

Yang Allah berikan kepada kita sebenarnya lebih dari apa yang diberikan oleh orang kaya dan doktor di atas, namun mengapa kita lupa mengucapkan terima kasih kepadaNya?
Amat wajar jika Allah belum menambah nikmat kepada kita kerana nikmat-nikmat yang telah diberikan sebelum ini sahajapun belum kita syukuri sebagaimana semestinya.
 Walaupun ada kesulitan dan kekurangan dalam hidup kita, kurniaan dan limpahan nikmat dari Allah masih jauh lebih besar.

 Lihatlah ke bawah dan perhatikan : 
a. Orang-orang yang lebih susah dari kita.
 b. Orang-orang yang lebih sakit dari kita.
 c. Orang-orang yang lebih miskin dari kita.

 Jangan selalu melihat ke atas.
 Melihat ke bawah akan :
 1. Menghaluskan jiwa. 
2. Melembutkan perasaan.
 3. Menghidupkan syukur.
 4. Mengubati tekanan hidup.
 5. Menghilangkan ketidakpuasan.
 6. Mengelakkan dari putus asa. Setelah bersyukur dengan lisan, fikiran dan perasaan, maka, syukur yang sebenarnya adalah syukur dengan amal.
 “Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.

 Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah kamu mengherdiknya.” (QS Adh Dhuha : 9 – 10) 

Seorang yang bersyukur akan memanfaatkan nikmat-nikmat yang diperolehinya untuk :
 a. Ibadah.
 b. Amal soleh.
 c. Perbuatan baik terhadap sesama manusia.

 Itulah yang dimaksudkan dalam ayat terakhir dari surah Adh Dhuha ini : 
   “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu siarkan.” (QS Adh Dhuha : 11)
Ya Allah, jadikanlah diri kami orang yang sentiasa berfikiran positif dan optimis terhadap segala janji-janjiMu. 
Sesungguhnya kami meyakini bahwa Engkau akan sentiasa menolong orang-orang yang membantu menegakkan agamaMu dan memperkukuhkan kaki-kaki kami terhadap musuh kami dan musuhMu.
 Ameen Ya Rabbal Alameen WAS

Monday 27 May 2013


BERFIKIRAN POSITIF DAN OPTIMIS..



Dunia seakan-akan gelap. Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh. Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?
Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup. Semua insan pernah gagal. Kerana gagal adalah guru.

Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya apabila kita tahu (diajarkan-dengan rahmat Allah ) cara untuk mencapai matlamat kita.
Bijak pandai pernah berkata,


"Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri."

Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku (cara kita menghadapinya ); dan inilah yang akan menentukan lorong mana yang akan terbuka untuk kita seterusnya.

Sayangi diri. (lalu akan memilih kejayaan dan keselamatan dengan penuh yakin )
Buatlah sesuatu demi kebaikannya dan yang memberi manafaat buatnya kerana hidup ini adalah pilihan maka pilihlah yang terbaik untuk dirimu itu - didunia dan akhirat - kerana hidup didunia ini adalah kehidupan sementara .Ibarat sekelip mata sahaja jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat yang kekal abadi.
(menyayangi diri bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan -seperti sebahagian orang fikir-, tetapi lebih dari itu.)